adun oh adun...
jawatan sebagai adun pun rasa aku dah banyak dah duit... tapi kerana tak bersyukur punya pasal apa pun boleh jadi...(istigfar...)
kontraktor pulak? Tah hairan la nak kerja mudah. duit pun boleh jimat. invoice nak claim tulis harga tinggi... so kau puas ke dapat duit banyak tu? (istigfar....)
Adun Lenggeng dituduh terima rasuah daripada kontraktor
Faiz Abdullah Mon Jul 27, 09 12:10:11 pm MYT
SEREMBAN, 27 Julai (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri Lenggeng, Mustafa Salim dituduh menerima rasuah RM2,000 daripada seorang lelaki di sebuah restoran di Mantin, dekat sini. Mustafa dituduh meminta wang suapan dari M.Manimaran, 37, untuk mengeluarkan surat sokongan untuk kelulusan permit menjual pasir.
Beliau dihadapkan di Mahkamah Sesyen Seremban di hadapan Hakim Amran Jantan. Dia didakwa mengikut Seksyen 10(b) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda daripada jumlah suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih.
Mustafa dituduh menerima wang tunai RM2,000 daripada pengadu M. Manimaran, di Restoran Jabrin Maju, No.17, Jalan Bunga Raya 2/1, Taman Bunga Raya 2, Mantin pada pukul 5.00 petang, 31 Ogos 2008.
Manimaran yang juga merupakan salah seorang saksi dalam kes ini, mendakwa Mustafa Salim melalui seorang lelaki bernama Mustafa Pendek, juga pernah meminta wang tunai RM3,000.00 di Lot 1321, Mukim Pantai di sini pada pukul 11 pagi, 28 Ogos 2008, atas alasan untuk mengeluarkan surat sokongan untuk kelulusan permit menjual pasir.
Mustafa juga mengahadapi tuduhan yang ketiga iaitu meminta wang tunai RM2,000 dari Manimaran di Badan Pencegah Rasuah (Kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), di Jalan Dato' Kelana Makmor pada pukul 9.05 malam, 30 Ogos 2008.
Mustafa diwakili oleh peguam Ahmad Rosdi Ahmad Idrus, Dato' Taqiyuddin Yahya dan Mohd Faisal. Manakala John Fernandez bertindak sebagai peguam pemerhati Manimaran.
Manimaran juga menolak cadangan peguambela Mustafa, bahawa pemberian wang tersebut adalah untuk program bantuan orang miskin dan ibu tunggal.
"Sumbangan bermakna pemberian ikhlas, tetapi saya diugut dan diminta memberi wang tunai secara paksa," kata Manimaran.
Sementara itu Pegawai Penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), V. Mahendran, 25, menjelaskan bagaimana sebuah telefon bimbit Sony Ericsson K700i yang diubah suai digunakan untuk merakamkan perbualan audio dan visual tertuduh dan saksi di Restoran Jabrin Maju pada hari kejadian.
Katanya, telefon bimbit itu diletakkan di atas meja dalam keadaan sedia untuk rakaman sebaik tertuduh duduk dan selepas tertuduh ditahan, telefon bimbit itu diserahkan kepada pegawai SPRM, Asisten Suprintendan Mohamad Ashraf Zamari.
Ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Dato' Abdul Razak Musa, Mahendran memberitahu wang perangkap sebanyak RM2,000 telah direkodkan nombor siri terlebih dahulu di pejabat SPRM Negeri Sembilan sebelum serbuan diatur.
"Sejurus Mustafa menerima wang tersebut dari Manimaran, dan selepas Manimaran meninggalkan meja untuk membasuh tangan, beberapa pegawai SPRM telah menyerbu Mustafa.
"YB mengambil kunci kereta dari meja dan cuba lari, walau bagaimanapun pegawai SPRM berjaya menahan beliau," kata Mahendran lagi.
Pada prosiding di sebelah petang, mahkamah telah ditunjukkan rakaman DVD perbualan dan transaksi tuduhan tersebut yang berlaku di restoran Jabrin Maju, yang dirakamkan menggunakan telefon bimbit tersebut.
Walau bagaimanapun rakaman tersebut terpaksa dihentikan selepas beberapa minit kerana sistem audio televisyen yang digunakan kurang jelas.
Peguambela MUstafa, Mohd Faisal mempertikaikan bahawa salinan rakaman DVD yang diberikan kepada barisan peguamnya adalah lain daripada apa yang ditayangkan di mahkamah.
Mohd Faisal memohon kepada mahkamah agar mereka diberikan salinan DVD yang dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah dengan alasan ada kemungkinan pihak pendakwa akan menyunting rakaman tersebut selepas Pegawai Penguatkuasa SPRM memberikan keterangan tadi.
Hakim Amran Jantan menetapkan bahawa rakaman DVD ini akan diteliti semula ketika kes ini bersambung lagi pada 3 dan 5 Ogos depan. - mns_
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21906&Itemid=50
Monday, August 17, 2009
rasuah dunia kontraktor dengan wanita semasa pemilihan ketua Umno bahagian Alor Gajah
lagi dan lagi...
Satu hari pasti akan terbongkar segala kerja jahat kau tu wahai manusia. Apa ingat hidup di dunia ini kekal selamanya ka? Asri ketua nasyid Rabbani pun baru sahaja kembali ke Rahmatullah. (Al-Fatihah...)
Kontraktor dituduh beri rasuah pemilihan Umno
Jan 22, 09 3:58pm
Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka hari ini terhadap tuduhan memberi rasuah RM200 kepada seorang wanita semasa pemilihan ketua Umno bahagian Alor Gajah pada 1 November lepas.
Johari Ibrahim, 46, dari Kampung Panchor, Durian Tunggal. Alor Gajah, dituduh memberi suapan itu kepada Nadiah Roslan sebagai dorongan untuk mengundi Datuk Abdul Kadir Daud sebagai ketua bahagian berkenaan.Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 12 tengah hari di perkarangan dewan Institut Latihan Perindustrian, Selandar, lapor Bernama.
Johari, yang juga Ketua Umno cawangan Kampung Panchor dan bekas pegawai seranta Perbadanan Ayer Melaka (PAM), dituduh mengikut Seksyen 10 (b) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16, Akta yang sama, yang membawa hukuman penjara tidak kurang 14 hari atau tidak lebih 20 tahun serta didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau sehingga RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
Hakim Ahmad Kamar Jamaludin menetapkan empat hari bermula 18 Mei depan sebagai untuk perbicaraan dan membenarkan Johari dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.Tertuduh diwakili peguam bela Shamsul Iskandar Mohd Akin manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya, Wong Poi Yoke, dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hujah rasuah dunia
Wahai individu yang terlibat dengan rasuah. tolong luangkan masa baca ini demi kesejahteraan kau sekeluarga.
Hari-hari suap nasi bagi makan anak tak fikir ke? Istigfar.... Minta kita dijauhkan perangai busuk pentingkan diri sendiri ini....
Cara Untung Atas Angin
& 'Duit Free' Dan Hukumnya
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/content/view/597/72/

Lagi bukti rasuah dunia melibatkan kontraktor dan JKR
Aku sama sekali tidak heran dengan berita yang dilaporkan oleh harakahdaily.net ini. Memang inilah yang berlaku disekeliling aku.
Kontraktor 'beli' pegawai JKR punca bangunan runtuh
Herman Samsudeen Thu May 03, 07 4:06:41 pm MYT
Kejadian siling runtuh di tiga pejabat Kerajaan akhir-akhir ini semakin menimbulkan tanda tanya kepada rakyat tentang apakah yang berlaku disebalik pengurusan dan kontrak penyelenggaraan bangunan pejabat-pejabat Kerajaan pada hari ini.
Keruntuhan berganda Projek Kerajaan Barisan Nasional ini menimbulkan banyak keraguan sama ada dari aspek pembinaan, pemantau projek, penyelenggaraan dan pengurusan bangunan Kerajaan.
Kompleks Mahkamah Jalan Duta dibina dengan kos RM270 juta telah runtuh silingnya, manakala kejadian siling runtuh akibat paip pecah di ibu pejabat Jabatan Imigresen dan Dewan Serbaguna Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Putrajaya juga berlaku di bangunan baru milik kerajaan yang dibina dengan kos beratus-ratus juta ringgit.
Apakah yang dilakukan oleh kontraktor penyelenggaraan bangunan-bangunan ini. Adakah ia benar-benar salah kontrator penyelenggaraan atau kontraktor yang membina bangunan tersebut.
Bagaimana dengan arkiteknya, apa pula yang telah dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dikelolakan oleh Kementerian Kerjaraya di bawah Samy Vellu.
Setahu saya, bangunan Kerajaan tidak mempunyai Sijil Layak Manduduki (CF) kerana semua urusan pemeriksaan bangunan dan pengesahan dikeluarkan oleh Jurutera JKR sendiri.
Oleh itu, secara tidak langsung kita boleh beranggapan bahawa pihak JKR bertanggungjawab bagi memeriksa dan membuat perakuan sebelum kunci bangunan berkenaan diserahkan pada Jabatan Kerajaan yang menjadi pelanggan mereka.
Namun, tiga kejadian yang berlaku dalam bulan Mac menimbulkan banyak tanda tanya. Adakah Jurutera JKR benar-benar membuat pemeriksaan dan pemantauan tehadap setiap projek pembinaan bangunan kerajaan atau sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja.
Skandal dalam sektor pembinaan negara begitu banyak dikaitkan dengan JKR. Tahun lepas negara kecoh pasal jejambat MRR2 dan Lebuhraya bertingkat Ampang yang retak.
Selain itu, isu keretakan bangunan MATRADE dan sekolah dibeberapa tempat serta kes siling makmal komputer MRSM yang runtuh dan Hospital yang berkulat telah membawa banyak masalah bukan sahaja kepada rakyat tetapi kepada ekonomi negara kerana jutaan ringgit lagi terpaksa dibelanjakan untuk tujuan pembaikkan.
Pembaziran ini tidak seharusnya berlaku seandainya pihak JKR mengambil langkah yang proaktif dalam menilai semula syarat-syarat pemberian kontrak dan membuat pemantau rapi terhadap setiap projek kerajaan.
Saya difahamkan bahawa kebanyakan kontraktor yang mendapat tender projek telah menghabiskan ribuan ringgit bagi membeli hati segelintir pegawai-pegawai JKR yang datang ke tapak projek untuk tujuan pemantauan.
Pegawai-pegawai ini, dihadiahkan dengan pelbagai hamper dimusim perayaan dan makan di tempat-tempat mewah bersama kontraktor ini bagi membincangkan perkembangan projek.
Selain itu, terdapat juga segelintir Jurutera JKR yang tamak, membuka syarikat sendiri menggunakan nama adik beradik atau berkongsi dengan rakan diluar bagi merebut tender projek.
Ini adalah satu tindakan yang halal tetapi amat dilarang dalam Islam sekiranya ianya menimbulkan keburukan seperti sikap sambil lewa dan tidak tegas terhadap kelemahan kontraktor yang mana pegawai tersebut mempunyai kepentingan tersendiri dalam syarikat tersebut.
Berbalik pada isu keruntuhan syiling bangunan Pejabat Mahkamah KL, MECD dan Imigresen, Kerajaan seharusnya membentuk satu Suruhanjaya Khas bagi memantau projek-projek Kerajaan. Kerajaan sebelum ini telah membentuk Badan Bertindak Pelaksanaan Negara (BBPN).
Dalam mesyuarat pertamanya pada 19 April 2006 BBPN telah memutuskan agar Sistem Pengurusan Projek dan Program (PPP) diperkenalkan oleh Direktorat Pelaksanaan Negara (DPN) bagi memastikan semua projek Kerajaan dalam RMK9 dapat dipantau dengan sistematik.
Dua unit di Jabatan Perdana Menteri (JPM) iaitu Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) berfungsi sebagai sekretariat BBPN yang diketuai oleh Effendi Norwawi. Dan ini masih lagi menimbulkan keraguan pada rakyat atas ketelusan pemberian dan pemantauan projek oleh Jabatan Kerajaan itu sendiri kerana kuasa pemberian projek dan pemantauan masih berlegar dalam organisasi yang sama di bawah Perdana Menteri dan Samy Vellu.
Oleh itu, saya mencadangkan agar satu Suruhanjaya Khas Pembinaan Negara (SKPN) diwujudkan bagi memantau projek-projek Kerajaan khususnya yang melibatkan kos jutaan ringgit.
Ahli-ahli Suruhanjaya ini haruslah dianggotai oleh kumpulan profesional yang datang dari pelbagai latar belakang seperti Jurutera, Pegawai Undang-Undang, Pakar Kewangan dan Perunding yang tiada kepentingan.
Kerajaan juga harus memberikan peluang kepada wakil-wakil profesional dari parti pembangkang menyertai Suruhanjaya ini bagi memastikan elemen Check and Balance serta transparent dapat diwujudkan.
Kerajaan harus memandang secara lebih serius dan terkehadapan bagi memastikan rasuah duit dan bukan duit yang melingkari projek-projek kerajaan selama ini dapat dirungkaikan sesuai dengan misi Kerajaan sendiri yang ingin memerangi Rasuah.
Jika tidak, maka akan lebih banyak lagi runtuhan akan kita dengar dan lihat selepas ini.
Kita terlalu banyak berbangga dengan pencapaian bangunan tertinggi, kompleks mahkamah kedua terbesar, serta keindahan projek mega Putrajaya yang mana, disebalik keindahan itu terdapat ulat dan anai-anai yang giat memamah kebanggaan ini.
Oleh itu, tindakan segera dan pantas harus diambil bagi memastikan ulat dan anai-anai ini dapat dihapuskan. Kita tidak mahu kakitangan Kerajaan dan rakyat yang berurusan dikaunter Kerajaan terus ketakutan kerana dilema yang melanda Industri Pembinaan negara sekarang.
Hari ini di Kompleks Mahkamah KL, Imigresen, MECD, MATRADE, MRR2, MRSM dan banyak lagi, esok bangunan mana pula yang akan runtuh?_
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=7524&Itemid=99999999

Sunday, August 16, 2009
Pendahuluan
Aku sudah tidak tahan dengan sikap RASUAH yang sering diamalkan di dalam bidang yang aku ceburi ini.
Siapa boleh tolong aku. Aku amat inginkan kebenaran!
Aku terdetik untuk menulis di sini hasil inspirasi blog aku betul. http://www.akubetul.com/2008/02/industry-rasuah-malaysia.html

Subscribe to:
Comments (Atom)